PM Hargai Pertemuan Bersama Ismail Sabri

- Advertisement -

CYBERJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya, semalam.

Anwar berkata beliau menghargai kesudian bekas perdana menteri itu yang merangkap naib presiden UMNO untuk bertemu dan bertukar pandangan dengannya berkaitan pelbagai isu semasa.

“Saya juga nyatakan penghargaan kepada beliau atas dukungan dan sokongan yang diberikan,” kata Anwar menerusi hantaran di laman Facebook beliau.

Beliau turut memuat naik sekeping foto yang diambil semasa pertemuan kedua-dua pemimpin.

Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) manakala Ismail Sabri merupakan Perdana Menteri kesembilan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat