Tioman Memilih Kali Kedua

- Advertisement -

TIOMAN – Meskipun terpaksa mengundi kali kedua namun, pengundi di DUN Tioman tetap menunaikan tanggungjawab memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tinjauan Suara.TV di Sekolah Kebangsaan Pontian (SK) mendapati pengundi mula berkumpul di pintu pagar sekolah seawal jam 7 pagi bagi melunaskan hak sebagai pemilih demokrasi.

Seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) sejak lahir, Aminah Sidek, 62, berkata dia tidak pernah ketinggalan mengundi pada setiap pilihan raya.

“Saya mengundi sejak umur 21 tahun, datang sokmo, ini kan kewajipan.

“Saya cuma harapkan nasib OKU seperti saya terus dibela, lagipun saya tinggal sendiri selepas kematian suami 2 tahun lalu,” katanya yang tinggal di Kampung Feri, Sepayang.

Pengundi warga emas, Maimunah Harun, 85, mengakui sudah 13 kali menunaikan tanggungjawab mengundi.

“Saya cuma nak nasihatkan anak-anak muda supaya keluar mengundi, fikir-fikirlah masa depan,” nasihatnya.

Pengundi etnik Orang Asli Jakun, Ahmad Hamdan a/l Ajat, 43,(gambar atas) berkata, peluang mengundang yang hadir berkerusi roda ditemani jirannya berkata peluang mengundi kali kedua ini akan dimanfaatkan sebaiknya kerana seakan-akan diberi peluang kedua untuk membuat keputusan bagi memilih individu yang bakal mewakilinya di peringkat kepimpinan negeri.

Sementara itu, pengundi kali pertama, Noor Haifa Hawani Izzati Noor Haizrul, 19, mengakui sangat teruja bangun awal untuk mengundi.

“Kami sekeluarga sentiasa berbincang setiap kali makan bersama membahaskan isu dan politik semasa, jadi saya cakna tentang tentang kepimpinan negara,” ujarnya.

Manakala, Penolong Pengurus Kilang, Azrul Ridhuan Abdul Rahman, 36, sanggup pulang dari Kuala Lumpur demi menunaikan tanggungjawab memilih ADUN.

“Saya kerja di Kepong singgah di Bentong ambil mak untuk pulang mengundi di Tioman.

“Masa mengundi untuk Parlimen hari itu saya tak balik, tapi untuk DUN kali ini kena balik lah,” katanya.

Hari ini seramai 28,462 pengundi DUN Tioman akan memilih ADUN dalam saingan lima penjuru. -Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat