Ismail Sabri bersyukur, Perkongsian Strategik dengan UAE dimuktamadkan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan rasa bersyukur apabila pertemuannya bersama Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada September lalu membuahkan hasil.

Menulis di Facebooknya, Ismail Sabri berkata, sewaktu pentadbiran Kerajaan Keluarga Malaysia, Malaysia dan UAE bersetuju untuk meningkatkan hubungan kedua-dua negara kepada ‘Perkongsian Strategik’.

Bekas perdana menteri itu juga menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong kerana memainkan peranan penting dalam projek bersejarah antara PETRONAS Abu Dhabi Sdn Bhd dan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC).

“Perkara ini telah dibincangkan dengan lebih mendalam ketika pertemuan empat mata di antara saya dan Yang Mulia Sheikh Mohamed. Baginda bersetuju supaya projek ini dipercepatkan.

“Alhamdulillah kerjasama ini telah dimuktamadkan.

“Saya memberikan perhatian yang serius untuk memperkukuhkan hubungan dua hala di antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, pelaburan dan perdagangan, tenaga boleh diperbaharui, sekuriti makanan serta minyak dan gas,” katanya.

Semasa pentadbiran Ismail Sabri, perdagangan antara Malaysia dan UAE telah meningkat sebanyak 90.4 peratus untuk lapan bulan pertama 2022 iaitu sebanyak AS$6.14 bilion (RM25.60 bilion).

Justeru, beliau berharap agar hubungan erat antara Malaysia dan UAE terus diperkukuhkan pada masa depan.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, kejayaan kerjasama sulung antara syarikat pengeluar minyak dan gas Malaysia dengan UAE amat membanggakan negara.

Baginda bertitah, kerjasama PETRONAS Abu Dhabi Sdn Bhd dan ADNOC itu secara langsung mengiktiraf dan sekali lagi membuktikan keupayaan syarikat Malaysia bersaing pada peringkat global.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, dalam kenyataan hari ini, berkata baginda bertitah kejayaan kerjasama antara syarikat gergasi pengeluar minyak dan gas negara dengan Abu Dhabi itu juga secara langsung mencerminkan hubungan dua hala yang rapat antara Malaysia dan UAE pada pelbagai peringkat, termasuk antara pemimpin kedua-dua negara dan hubungan sesama rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat