Tidak Rasmi: BN Sedang Mendahului Pengiraan Undi Di DUN Tioman

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pengiraan undi tidak rasmi bagi DUN Tioman, Pahang setakat ini menyaksikan Barisan Nasional (BN) sedang mendahului dengan kelebihan 624 undi majoriti.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang dipaparkan Malaysiakini, ketika ini calon BN Datuk Seri Mohd Johari Hussain mendahului dengan perolehan 7,369 undi, manakala calon Perikatan Nasional (PN) Idayu Hashim di tempat kedua dengan 6,745 undi.

Manakala calon Pakatan Harapan (PH) Mohd Fadzl Mohd Ramly yang telah menarik diri dari bertanding mendapat 732 undi.

Proses pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi DUN Tioman diadakan secara berasingan hari ini susulan kematian salah seorang calon sehari sebelum hari pengundian 19 November.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat