PN Mendahului Kiraan Undi Tidak Rasmi Di Padang Serai

- Advertisement -

CYBERJAYA – Keputusan pengiraan undi tidak rasmi bagi Parlimen Padang Serai di Kedah ketika ini menunjukkan Perikatan Nasional (PN) sedang selesa mendahului Pakatah Harapan (PH) dengan majoriti lebih 4,000 undi.

Kiraan undi tidak rasmi setakat ini menyaksikan calon PN Datuk Azman Nasrudin di tempat pertama dengan perolehan 16,594 undi, diikuti tempat kedua calon PH Dr Mohamad Sofee Razak memperolehi 12,294 undi.

Calon BN Datuk C Sivaraajh yang telah menarik diri bagi memberi sokongan kepada PH, masih meraih 1,144 undi, meletakkan beliau di tempat ketiga dalam saingan enam penjuru itu.

Sementara itu, kiraan tidak rasmi di DUN Tioman ketika ini menyaksikan BN masih mendahului dengan perolehan 8,077 undi, mengatasi PN yang mendapat 7,439 undi.

Proses pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Padang Serai diadakan serentak dengan pengundian di DUN Tioman hari ini susulan kematian calon di kedua-dua kawasan sebelum ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat