Pengundi Tioman, Padang Serai dicelup dakwat jari kelingking

- Advertisement -

TIOMAN- Jika pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berlangsung pada 19 November lalu semua pengundi yang telah mengundi dicelup dakwat kekal pada jari telunjuk.

Berbeza pula gayanya pada PRU15 DUN Tioman dan Parlimen Padang Serai yang berlangsung hari ini bagi memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan jari kelingking pula dicelup dakwat kekal sebagai menandakan pengundi itu sudah menjalankan tanggunjawabnya memilih.

Ini bermakna sesiapa yang telah mengundi untuk Parlimen dan DUN dua jarinya yakni telunjuk dan kelingking bertanda dakwat kekal.

SPR dalam kemas kininya memaklumkan setakat jam 3 petang ini peratus keseluruhan keluar mengundi bagi DUN N.42 Tioman mencatatkan 50 peratus.

Manakala bagi Parlimen Padang Serai, P017 57 peratus sudah menunaikan tanggungjawab mereka setakat jam 3 petang.

Lebih 160,000 pemilih berdaftar akan keluar mengundi pada PRU15 untuk memilih wakil rakyat bagi Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman hari ini.

Menurut SPR, seramai 132,955 pengundi di Parlimen Padang Serai manakala 28,108 orang di DUN Tioman dijangka berbuat demikian.

Sebanyak 46 pusat mengundi dan 230 saluran akan dibuka bagi proses pengundian di Parlimen Padang Serai manakala DUN Tioman pula membabitkan 17 pusat mengundi dan 52 saluran.

Mengikut Warta Kerajaan mengenai penetapan waktu mengundi PRU15 yang dimuat naik di laman sesawang SPR, pusat mengundi di kedua-dua kawasan akan dibuka pada 8 pagi dan ditutup pada 6 petang.- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat