Ketua Setiausaha Perbendaharaan Diberi Cuti?

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Asri Hamidin dilaporkan diberi cuti dan pegawai baru akan dilantik ke jawatan berkenaan tidak lama lagi.

Menurut laporan berita, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut memegang portfolio di Kementerian Kewangan menyatakan dalam sidang akhbarnya semalam, akan ada “KSP” baru akan dilantik.

KSP merujuk kepada akronim bagi ketua setiausaha perbendaharaan.

“Sudah tentu kita akan merujuk kepada pegawai kanan berkaitan dan KSP baru,” katanya memetik laporan BH Online.

Sidang media tersebut diadakan pada hari pertama Anwar bertugas sebagai menteri kewangan.

Sementara itu, The New Straits Times pula melaporkan Asri tiada pada sidang media semalam dan difahamkan pegawai kanan terbabit diberikan cuti.

Ketika ini, masih belum dapat dipastikan mengapa Asri diberi cuti dan siapakah penggantinya.

Sementara itu, pada sidang media semalam juga, Anwar berkata dia akan berbincang mengenai peranan penasihat khasnya yang diketuai bekas presiden Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican.

“Saya perlu berbincang dengan Tan Sri Hassan mengenai syarat serta keutamaan,” katanya dipetik BH Online.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,462FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat