Ari Lasso syukur Tuhan beri kekuatan jalani kemoterapi

- Advertisement -

Jakarta: Penyanyi Ari Lasso, 48, memaklumkan dirinya sudah menjalani empat sesi kemoterapi selepas disahkan menghidap kanser limfoma tahap dua.

Ari berkata, dia kini hanya berbaki dua sesi kemoterapi dan mengakui selesa melakukannya pada waktu malam.

“Menjalani kemoterapi pada waktu malam memberi lebih banyak masa untuk saya merenung mengenai kehidupan, mengagumi kebaikan Tuhan yang tiada batasnya serta mensyukuri nikmat yang diberikan,” katanya.

Menurut Ari, dia juga bersyukur apabila mampu menyelesaikan kemoterapi sejauh ini dan berharap segala perkongsiannya dapat memberi inspirasi kepada orang lain yang turut berjuang melawan kanser.

“Tanpa campur tangan dan pertolongan-Nya tak mungkin saya mampu bertahan sehingga sesi kemoterapi yang keempat.

“Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada teman-teman yang sedang berjuang. Kita perlu saling kuat dan bersemangat,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat