Sultan Perak Perkenan Terima Menghadap Zahid Esok Pagi – Sumber Istana

- Advertisement -

CYBERJAYA: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memperkenan untuk menerima menghadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di Istana Kinta, Ipoh esok.

Sumber Istana memaklumkan, majlis menghadap itu akan berlangsung jam 10 pagi dan difahamkan, majlis menghadap itu berkait sokongan majoriti dan pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baharu.

Ahmad Zahid juga dilapor akan menyembah maklum nama calon Menteri Besar dari UMNO untuk pertimbangan Sultan Nazrin ketika majlis menghadap itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad dikatakan antara individu yang akan menduduki kerusi Menteri Besar Perak Ke-14.

Ia selepas semua ADUN UMNO Perak secara konsensus menamakan Saarani sebagai calon Menteri Besar yang baharu.

Namun, pengesahan dan perincian berkenaan nama-nama calon Menteri Besar hanya akan diketahui selepas Ahmad Zahid selesai menghadap Sultan Nazrin esok.

Selain sokongan dari ADUN UMNO, difahamkan Saarani juga mendapat sokongan dari ADUN DAP dan PKR menerusi akuan bersumpah yang telah diberikan sebelum ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat