Orang awam boleh akses perjanjian ART Malaysia-AS di laman web MITI

KUALA LUMPUR – Dokumen lengkap Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) boleh diakses oleh orang awam menerusi laman web Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Perkara itu disahkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya pada Jumaat.

Kata Fahmi lagi, beliau difahamkan dokumen itu dimuat naik menerusi laman web itu awal minggu ini.

“Dokumen tersebut kini boleh diakses sepenuhnya di laman web MITI bersama soalan lazim (FAQ),” katanya.

Selain itu, Fahmi menjelaskan, perkara (perjanjian) itu juga ada dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini melalui Memorandum Jemaah Menteri (MJM).

Sebelum ini, Anwar menjelaskan perjanjian ART antara Malaysia dan Amerika Syarikat itu tidak mengandungi sebarang peruntukan yang bercanggah dengan semangat atau peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jabatan Peguam Negara (AGC) mempunyai kedudukan penting dalam sebarang perjanjian negara termasuk ART, bagi memastikan ia selaras dengan undang-undang Malaysia.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat