MCMC Tuntut Penjelasan TikTok Isu Rekrut ‘Keldai Dadah’

CYBERJAYA, – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menuntut penjelasan rasmi TikTok susulan pendedahan bahawa platform itu dipercayai digunakan sindiket untuk merekrut individu sebagai ‘keldai dadah’ melalui tawaran kerja palsu.

Menurut MCMC, penjelasan tersebut termasuk memperincikan mekanisme pemantauan serta tindakan penguatkuasaan dalaman bagi mengekang kandungan atau iklan yang berunsur jenayah. 

Tegas suruhanjaya itu, penyalahgunaan platform digital bagi memperdaya pengguna untuk aktiviti jenayah adalah satu kesalahan serius di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588]. 

Selain itu, Seksyen 263(1) Akta 588 turut mewajibkan pemegang lesen mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan rangkaian atau perkhidmatan mereka tidak dimanipulasi untuk tujuan yang menyalahi undang-undang Malaysia. 

MCMC dalam masa sama menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dengan tawaran kerja mudah di media sosial, terutama yang melibatkan penghantaran barangan atau bagasi ke luar negara, yang sering dijadikan modus operandi sindiket untuk menjerat mangsa. 

Bagi memperkukuhkan pemantauan jenayah rentas sempadan, MCMC memaklumkan kerjasama berterusan bersama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan dipertingkat.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat