Jabatan Penjara Malaysia sokong penuh Akta Tahanan Rumah

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KAJANG – Jabatan Penjara Malaysia menyokong penuh cadangan hukuman alternatif dengan mengwujudkan Akta Tahanan Rumah (Home Detention Act) sepertimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika pembentangan Bajet 2025 Oktober lalu.

Jabatan Penjara Malaysia selaku peneraju perkhidmatan korektif telah memperkasa serta memperluaskan pelbagai inisiatif dalam mengurangkan kadar kesesakan di institusi penjara seluruh negara.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penjara Malaysia menjelaskan, fasiliti penjara kini telah mengalami kadar pertambahan prospek melebihi kapasiti sebenar iaitu sebanyak 74,146 orang.

Menurutnya, jumlah kapasiti keseluruhan terkini, setakat 5 November lalu mencecah 87, 419 orang (melebihi 11.24 %) dengan jumlah prospek di dalam sel penjara seramai 82,482 (94.35%) orang.

Manakala di dalam komuniti pula seramai 4,937 (5.65%) orang.

Menurutnya lagi, kadar pemenjaraan pada masa kini adalah 245/ 100,000 penduduk, berbanding kadar purata pemenjaraan dunia 145/ 100,000 penduduk.

Kadar yang tinggi ini tidak baik untuk imej negara daripada segi keselamatan dan kesejahteraan awam dari kacamata dunia.

“Jumlah keseluruhan institusi penjara adalah sebanyak 43 buah di seluruh negara melibatkan 19 buah mengalami kapasiti melebihi 20 peratus (20 %) terutamanya penjara di bandar-bandar besar di Malaysia,”kata kenyataan itu di sini pada Rabu.

“Melalui peruntukan undang-undang di bawah seksyen 43, 46 dan 47 Akta Penjara 1995, memberi ruang kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperkenalkan hukuman alternatif melalui Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan menggunakan Program Corporate Smart Internship (CSI) seperti Parol, Program Banduan Secara Lesen (PBSL), Program Bebas Lesen (PBL).

“Selain itu, Program Reintegrasi Penghuni Industri kepada prospek yang layak diberi Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), ”katanya.

“Kadar residivis (jenayah berulang) adalah rendah di bawah program PDK iaitu sebanyak 0.24% berbanding dengan 17.6% bagi mereka yang hanya menjalani pemulihan dalam fasiliti atau dalam penjara.

“Keperluan untuk mengwujudkan akta ini merupakan hukuman alternatif yang membolehkan prospek menjalani hukuman di rumah dengan peraturan-peraturan mengikut masa yang ditetapka, ”katanya lagi.

“Akta ini juga dapat mengawal pergerakan prospek untuk kekal di dalam rumah (kediaman) sepertimana ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika negara dilanda pandemik COVID-19 dan terbukti penurunan kadar jenayah di Malaysia ketika itu,”tambahnya.

“PDK atau hukuman alternatif baharu yang lain membolehkan pengurangan kesesakan institusi penjara, mengurangkan kadar pemenjaraan yang tinggi pada masa kini dan menjimatkan kos kepada kerajaan.

“Ia juga memberi peluang kedua kepada prospek untuk membuktikan bahawa mereka masih boleh berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara,”tambah kenyataan itu lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat