Ahli Parlimen Gua Musang isytihar sokong PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Gua Musang dari Perikatan Nasional (PN), Datuk Mohd Azizi Abu Naim hari ini secara rasmi mengisytiharkan sokongannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kenyataan kepada media, Mohd Azizi yang juga Ketua Bahagian Bersatu Gua Musang berkata sokongan itu bermula hari ini serentak dengan kenyataan media yang dikeluarkannya.

“Setelah meneliti dan mendengar Pembentangan Belanjawan 2024 oleh YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dengan matlamat utama untuk memangkinkan pemulihan ekonomi di samping meringankan beban kewangan untuk rakyat Malaysia, saya selaku ahli Parlimen Gua Musang dengan ini mengisytiharkan untuk memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia bermula pada tarikh kenyataan media ini dikeluarkan.

“Keputusan saya ini adalah bertujuan untuk memastikan kebajikan penduduk di Parlimen saya terbela dan akan terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur sebagaimana yang saya mohon untuk di laksanakan di Parlimen saya dalam tempoh penggal perkhidmatan saya.

“Saya juga ingin menyatakan sokongan kepada inisiatif-inisiatif Kerajaan mengutamakan kebajikan rakyat negara ini sehingga Pilihanraya Umum akan datang.

“Sejujurnya, saya tidak berniat untuk keluar atau mengkhianati Parti Bersatu, tetapi demi memastikan Parlimen saya Gua Musang seiring dengan pemerintahan persekutuan, adalah wajar untuk saya bersama di dalam saf kepimpinan Putrajaya yang diketua oleh Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim.

“Buat masyarakat Gua Musang yang sangat saya kasihi, marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah S.W.T sentiasa memberkati bumi bertuah Gua Musang dan kita semua mendapat limpahan pembangunan sebagaimana kita harapkan,” katanya.

Terdahulu, sebelum ini dua Ahli Parlimen PN, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Parlimen Kuala Kangsar) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Parlimen Labuan) turut menzahirkan sokongan mereka kepada kepimpinan Perdana Menteri demi kepentingan rakyat di kawasan masing-masing.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat