Pemimpin PAS saran Peja letak jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha hari ini secara terbuka menyarankan supaya Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri itu sekiranya tidak lagi berminat untuk menjalankan tugasnya.

Memetik laporan Sinar. Rafie yang juga Timbalan Pengerusi PN Negeri Sembilan berkata, ini kerana bekas Menteri Besar Perak itu dilihat tidak memainkan peranannya sebaik mungkin selepas berakhirnya Pilihan Raya Negeri(PRN) Ogos lalu.

“Kalau beliau rasa sudah tidak lagi berminat untuk teruskan tugasnya sebagai Pengerusi PN, sebaiknya serahkan segera kepada tokoh lain yang barang kali lebih sesuai dan dekat dengan Negeri Sembilan.

“Lagi pun ketika beliau ambil alih jawatan itu pun memang ada suara-suara yang tidak berpuas hati mempersoalkan kenapa melantik orang luar sedangkan ada saja tokoh dari Bersatu di negeri ini,” katanya, bagi mengulas dakwaan yang Ahmad Faizal seperti menghilangkan diri selepas PRN.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan berkata beliau menyerahkan perkara tersebut kepada pucuk pimpinan PN, namun berharap ia dapat diselesaikan segera demi menjaga imej gabungan itu di Negeri Sembilan.

Tambahnya, kali terakhir mereka bersua muka dalam mesyuarat post mortem selepas dua minggu PRN dan kini hanya berkomunikasi melalui kumpulan WhatsApp.

“PAS tiada masalah dengan beliau dan ketika menghadapi PRN lalu, saya rasa kerjasama kita sangat baik dan kalau diperhatikan PN Negeri Sembilan memperoleh pencapaian baik apabila menang di lima kerusi Dewan Undangan Negeri dan hampir menang di 10 kerusi apabila tewas dengan majoriti bawah 500.

“Kalau ada masalah dalaman itu biasalah, tapi kami dalam PAS memang tiada masalah dengan beliau (Ahmad Faizal), cumanya dari pandangan saya, YB Peja seolah-olah tidak lagi berminat,” katanya.

Ujarnya lagi, oleh kerana jawatan itu milik Bersatu, perlunya parti itu melantik seorang ketua yang dapat melaksanakan tanggungjawabnya sebaik mungkin demi menjaga nama baik PN Negeri Sembilan.

Untuk rekod, Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan berkuat kuasa Jun lalu bagi menggantikan bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Eddin Syazlee Shith yang digugurkan daripada jawatan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat