Tak Hadir Perhimpunan Agung Bersatu, Bukan Maksud PAS Nak Keluar PN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ketidakhadiran pimpinan PAS pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2023 hujung minggu lalu bukan bermaksud Parti Islam itu mahu meninggalkan Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan parti berkenaan mahu keluar daripada menganggotai PN sekali gus meninggalkan Bersatu.

Tuan Ibrahim menegaskan perkara berkenaan yang tercetus selepas pemimpin PAS tidak menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2023 yang berlangsung hujung minggu lalu, tidak pernah timbul.

“Tak ada, tidak pernah timbul pun,” katanya di Parlimen pada Isnin.

Bekas Menteri Alam Sekitar dan Air itu sebaliknya menyatakan, pimpinan PAS tidak dapat memenuhi jemputan Bersatu disebabkan terpaksa hadir mesyuarat agung parti sendiri di kawasan masing-masing.

“Sudah ada jemputan, tapi kebetulan PAS peringkat kawasan sedang adakan mesyuarat agung, semua kawasan. Kebanyakan pimpinan telah maklumkan kepada pimpinan tertinggi Bersatu bahawa kebetulan (mesyuarat) hari sama.

“Sebahagian daripada kami merasmikan mesyuarat agung kawasan-kawasan. Saya sendiri semalam di lima kawasan,” jelas beliau menjawab persoalan berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat