Jutawan Kosmetik Wanita Akan Didakwa Di Mahkamah Pagi Esok

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Seorang wanita yang juga merupakan ahli perniagaan terkenal akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah Sepang, Selangor pagi esok atas kesalahan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang bersifat sumbang.

Jabatan Komunikasi Korporat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, wanita berkenaan akan didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Pendakwaan akan dilakukan ke atas ahli perniagaan berkenaan pada pukul 9 pagi esok,” katanya.

Ahli perniagaan berusia 50-an itu sebelum ini pernah mencetuskan beberapa kontroversi melalui kandungan yang disifatkan sebagai tidak sesuai untuk ditonton yang dimuat naik di aplikasi Instagram dan Tiktok serta laman web YouTube.

Terdahulu, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman turut dihadapkan ke mahkamah sama atas empat pertuduhan kerana memuat naik kandungan bersifat sumbang pada April lalu.

Aliff Syukri bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil kemudian menetapkan wang jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan selain menetapkan 25 November ini untuk sebutan semula kes. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat