Pemimpin, Penyokong PKR Tolak Calon Baru, Gesa Penyandang DUN Machap Jaya Dicalonkan Semula

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pemimpin, ahli dan penyokong PKR di DUN Machap Jaya menggesa kepimpinan parti untuk menarik balik keputusan menggugurkan penyandang Ginie Lim sebagai calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di kawasan itu, lapor portal Malaysiakini.

“Bahawasanya kami, ketua-ketua ranting di dalam DUN Machap Jaya dengan ini menolak pencalonan Lau Beng Hau sebagai calon pilihan raya N.08 Machap Jaya.

“Kami menolak pencalonan Lau kerana beliau bukanlah seorang calon yang berpotensi untuk menang dan tidak diterima kehadirannya di DUN Machap Jaya.

“Dia tidak mempunyai sokongan dan jentera untuk berdepan dengan calon-calon pihak lawan serta kehadiran beliau ke DUN Machap Jaya hanyalah untuk memecah belahkan sokongan dan kerjasama kami dengan mantan Adun Ginie Lim Siew Lin,” kata kesemua lapan ketua ranting (cawangan) PKR DUN Machap dalam satu kenyataan bersama.

Kenyataan bersama pemimpin dan penyokong akar umbi PKR itu dikeluarkan selepas mereka selesai bermesyuarat di Machap Jaya malam tadi.

Laporan itu berkata, bekas ADUN Machap Jaya itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini dilihat tidak disenangi pimpinan pusat PKR.

Ginie Lim dilaporkan mempunyai sokongan akar umbi PKR di Machap Jaya. Beliau menang DUN Machap dalam PRU14 2018, setelah dua kali percubaan sebelumnya gagal.

Menurut ketua-ketua ranting (cwangan) PKR Machap Jaya, mereka kecewa kerana kepimpinan pusat gagal mendengar suara akar umbi.

“Kami merayu kepada Anwar sebagai presiden PKR dan Pengerusi Majlis Presiden PH agar mempertimbang serta memperhalusi kembali calon bagi N.08 Machap Jaya.

“Kami amat yakin sekiranya Lim dicalonkan kembali, kerusi DUN Machap Jaya dapat dikekalkan kemenangannya dan PH akan dapat membentuk kembali kerajaan negeri setelah dikhianati,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat