Yayasan Bank Rakyat bantu Nur A’afiyah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Prihatin dengan nasib yang menimpa adik Nur A’afiyah Muhammad Hassan, Yayasan Bank Rakyat (YBR) tampil menghulurkan bantuan berupa bekalan barangan perubatan untuk meringankan bebanan yang dihadapi oleh keluarganya.

Nur A’afiyah yang tinggal bersama ibu bapanya di Kampung Sungai Penchala menghidapi komplikasi kesihatan sejak lahir di mana beliau terpaksa menggunakan ‘stoma beg’ untuk membuang air besar serta memerlukan susu khas untuk meneruskan kehidupan.

Menurut Pemangku Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Mohd Fauzi Md Fadzil, YBR terpanggil untuk membantu aNur A’afiyah selepas menerima permohonan bantuan daripada ayahnya, Muhammad Hassan kepada Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin.


Ayah kepada Nur A’afiyah yang merupakan seorang pemandu van dan ibunya seorang suri rumah, turut terkesan dengan kekangan perbelanjaan dan kekurangan pendapatan disebabkan impak dari pandemik Covid-19 yang melanda negara kini.

Tambahnya lagi, dengan bantuan ‘stoma beg’ bernilai RM3,289.00 ini diharapkan dapat membantu mengurangkan bebanan yang kini ditanggung oleh keluarga NurA’afiyah.

Sehingga bulan November ini, Yayasan Bank Rakyat telah memperuntukkan sebanyak hampir RM200,000.00 bagi tahun 2020 untuk sumbangan membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Sumbangan ini adalah bertujuan dalam meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi penerima melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan.

Orang ramai yang ingin menghulur bantuan kepada adik Nur A’afiyah boleh menghubungi Muhammad Hassan Kamil di talian 018-240 6884 atau sumbangan menerusi akaun Maybank 165125108616.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat