Warisan sudah ada calon PRK Batu Sapi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Warisan Sabah (Warisan) sudah mengenal pasti calon yang bakal diketengahkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Naib Presiden Warisan, Datuk Jaujan Sambakong yang memberitahu nama calon terbabit akan diumumkan Presiden parti, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Memetik laporan Bernama, Jaujan berkata, presiden akan membuat kenyataan sebelum hari penamaan calon yang dijadual pada 23 November ini.

“Kami sudah ada (calon-calon dikenal pasti) tetapi tunggu keputusan kepimpinan kami,” katanya.

Jaujan berkata mereka menjangkakan calon Warisan akan dicabar pada PRK Batu Sapi biarpun kini dalam situasi penularan Covid-19, kerana dalam sejarah politik Sabah, belum pernah tiada pertandingan berlaku ketika pilihan raya diadakan.

“Di Sabah, dalam sejarah tiada bertanding secara percuma, dalam pengalaman lebih 60 tahun, mana-mana Pilihan Raya Umum (PRU), PRK pun sentiasa ada pertandingan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mengeluarkan kenyataan PRK Batu Sapi diteruskan, maknanya ada pertandingan,” katanya.

SPR menetapkan 5 Dis sebagai tarikh PRK Parlimen Batu Sapi manakala 1 Dis adalah tarikh mengundi awal. SPR juga sudah menghantar kad pengundi kepada 32,962 pengundi terdiri daripada 1,810 pengundi awal dan 31,152 pengundi biasa.

PRK Batu Sapi diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong daripada Warisan yang meninggal dunia pada 2 Oktober lepas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat