Jika semua tamu bukan Islam terpulang nak hidang arak, Ahmad Maslan gesa tindakan tegas

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan menggesa tindakan tegas diambil susulan acara Global Travel Meet 2025 Gala Dinner di bawah Tourism Malaysia menyajikan minuman beralkohol.

Tegas Ahli Parlimen Pontian itu, tindakan tegas wajar dikenakan sebagai pengajaran agar insiden sama tidak akan berulang pada masa akan datang.

“Arak, minuman beralkohol. Tentu haram kepada umat Islam dan pastinya tidak boleh dihidang dlm majlis rasmi kerajaan negara kita.

“Maka tindakan tegas wajar diambil agar peristiwa yang sudah berlaku, tidak akan berulang,” gesa Ahmad.

Beliau yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu bagaimanapun berkata, hidangan arak itu boleh disajikan sekiranya semua tetamunya majlisnya bukan Islam.

“Kepada yang bukan Islam, terpulang kepada anda dalam majlis yang hanya ada anda,” ujar Ahmad lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat