“Hidangan arak dalam majlis antarabangsa adalah etika global” – Nga Kor Ming pertahan Tiong King Sing

KUALA LUMPUR, 7 Okt — Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming tampil mempertahankan rakan kabinetnya, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing susulan isu hidangan minuman beralkohol pada sebuah majlis rasmi yang tular baru-baru ini menurut laporan chinapress

Nga berkata, sebagai sebuah negara majmuk dan berbilang budaya, Malaysia perlu menunjukkan keterbukaan serta kematangan dalam urusan diplomatik dan pelancongan antarabangsa.

“Dalam majlis rasmi bertaraf antarabangsa, penyediaan minuman beralkohol adalah sebahagian daripada etika dan adat global (international etiquette). Tiada paksaan untuk mana-mana tetamu menjamahnya, justeru isu ini wajar ditangani secara rasional dan terbuka,” katanya ketika berucap sebagai tetamu kehormat di Sidang Kemuncak Elit Usahawan Cina ASEAN pertama (ASEAN Chinese Business Elite Summit) di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Nga, kehadiran pelancong asing ke Malaysia semakin meningkat dengan lebih 20.6 juta orang direkodkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, sekali gus mengatasi Thailand sebagai destinasi pelancongan utama di Asia.

“Peningkatan pelancong terutama dari China menjadi bukti keyakinan dunia terhadap Malaysia. Ia menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan memperkukuh imej negara sebagai destinasi yang mesra, moden dan terbuka,” katanya.

Nga turut menegaskan bahawa penganjuran program seperti Global Travel Meet baru-baru ini yang berjaya menjana pendapatan lebih RM420 juta dalam tempoh dua hari setengah membuktikan potensi besar industri pelancongan negara.

Beliau berkata, acara berkenaan dianjurkan dengan kerjasama sektor swasta dan kerajaan bagi menarik pelabur serta penggiat industri antarabangsa.

“Langkah ini bukan sahaja menjimatkan perbelanjaan kerajaan, malah menunjukkan keyakinan Malaysia dalam mempromosikan citra negara yang inklusif dan berdaya saing,” tambahnya.

Nga menyeru semua pihak agar berhenti mempolitikkan isu remeh dan sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh persediaan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, yang dijangka menjadi kempen pelancongan terbesar selepas pandemik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat