Pendedahan bolot projek, tipu royalti pasir Melaka : SPRM jumpa Idris Haron

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendapatkan maklumat lanjut daripada bekas ketua menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berhubung dakwaan berlaku penyelewengan projek di negeri itu.

SPRM berkata pihaknya memandang serius dakwaan ADUN Sungai Udang itu mengenai pembolotan projek ekonomi dan penipuan terhadap kerajaan persekutuan berhubung royalti pasir di Melaka.

SPRM satu kenyataan hari ini meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu supaya tampil mengemukakan bukti kepada SPRM.

“Sehubungan dengan itu, mana-mana pihak yang memiliki maklumat atau bukti salah laku rasuah dan penyelewengan berhubung isu berkenaan diminta tampil untuk memberi kerjasama kepada SPRM.

“Ingin ditegaskan bahawa kegagalan untuk melaporkan mana-mana salah laku di bawah Akta SPRM merupakan satu kesalahan yang boleh didakwa mengikut Seksyen 25 Akta SPRM 2009.

“Dalam pada itu, SPRM juga akan menghantar pegawai untuk mengadakan perjumpaan dengan Idris Haron mendapatkan maklumat lanjut berhubung isu tersebut,” kata kenyataan itu, pada Khamis.

Idris sebelum ini mempertahankan tindakannya menarik balik sokongan terhadap kerajaan negeri Melaka bagi menyelamatkan UMNO daripada ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menjelaskan tindakannya, kata Idris beliau tidak boleh lagi menyokong kerajaan yang diterajui BN bersama gabungan Perikatan Nasional (PN) itu yang dilihatnya “penuh dengan kemungkaran.”

“Kalau UMNO ini terus mempunyai pemimpin-pemimpin seperti yang ada pada hari ini, rakusnya diibaratkan makan itu tangan kanan dan kiri disuapkan ke mulut sambil mata menjeling lagi ke makanan lain di atas meja, yakni projek-projek ekonomi di negeri Melaka ini.

“Ribuan meter kubik pasir yang ditambak daripada tengah laut dibawa ke sini tapi diisytihar dengan jumlah yang rendah, menipu kerajaan Persekutuan dalam bentuk royalti, semuanya berlaku dengan jelas,” dakwa Idris

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,573FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat