MSI Creator Z16 penuhi keperluan penyedia kandungan

- Advertisement -

BAGI penyedia kandungan, mereka pastinya memerlukan sebuah peranti berkuasa yang bukan sahaja mampu untuk melakukan kefungsian pelbagai tugas sebaliknya keupayaan untuk melakukan suntingan video resolusi tinggi sehingga kepada 4K.

Tidak banyak peranti mudah alih iaitu laptop yang menawarkan kuasa untuk melakukan suntingan beresolusi ultra tinggi atau ‘UHD’ 4K kerana ia memerlukan perkakas yang berkuasa untuk melaksanakan proses sintesis suntingan video.

Laptop itu juga mestilah mendapat pengiktirafan ujian ketahanan iaitu ‘Military-Grade Durability’ serta memenuhi standard MIL-STD-810G sekali gus memenuhi keperluan atau kepenggunaan lasak.

Untuk itu, bagi penyedia kandungan di luar sana boleh melihat laptop baharu keluaran MSI iaitu daripada generasi Creator Z16 yang dikuasakan oleh pemproses Intel Core i9 Generasi Ke-11 sekali gus membekalkan kuasa teras yang mencukupi bagi tugasan sintesis video 4K tanpa sebarang masalah.

Image

Bagi laptop biasa, pengguna banyak berdepan dengan masalah ‘lagging’, ‘stuttering’ dan tempoh masa sintesis video yang panjang.

Semua masalah berkenaan dapat diselesaikan jika penyedia kandungan merasai kuasa prestasi sebenar daripada MSI Creator Z16 tanpa menghadapi sebarang masalah berkenaan.

Menyentuh aspek spesifikasi laptop berkuasa ini, selain menggunakan pemproses termaju yang ada di pasaran, MSI Creator Z16 menggunakan padanan memori (RAM) daripada rekaan DDR4 dengan frekuensi 3200MHz dan boleh menyokong sehingga 64GB.

Skrinnya pula bersaiz 16 inci untuk memudahkan pengguna melakukan suntingan bersama keupayaan QHD+ resolusi 2560 x 1600, sekali gus memberi tona warna lebih tepat kepada penyedia kandungan untuk melakukan sebarang pengubahsuaian.

Paparan MSI Creator Z16 ini juga didatangkan dengan kadar penyegaran semula 120Hz bersama-sama padanan panel skrin IPS untuk penghasilan taburan warna lebih vibran persis warna sebenar.

Sesuai dengan laptop prestasi tinggi, MSI Creator Z16 ini didatangkan dengan kad grafik keluaran Nvidia GeForce RTX 3060 bersama-sama memori video (VRAM) 6GB.

Image

Seperti yang penulis katakan pada awal tadi, laptop ini sememangnya direka khusus untuk penyedia kandungan atau golongan profesional dalam melaksanakan tugasan rutin harian dan ia memerlukan kepada suatu sistem storan yang cepat serta pantas.

Untuk MSI Creator Z16 dilengkapi dengan dua slot M.2 SSD (NVMe PCIe Gen4) sekali gus sebarang proses penyalinan data atau sintesis migrasi video dapat dilaksanakan dengan cepat.

Laptop ini juga tersedia dengan sokongan Internet Tanpa Wayar (WiFi) Killer AX 6E dan didatangkan dengan satu slot kad MicroSD, dua slot USB 3.2 Gen2 dan dua slot Type C (USB / DP / Thunderbolt 4).

Fungsi khusus yang dimiliki oleh laptop ini adalah paparan ‘Golden Ratio’ yang memberi ruang lebih baik terutamanya untuk tugasan suntingan serta memudahkan pengguna.

Image

Kebiasaannya, laptop berprestasi tinggi ini bersaiz tebal serta menyukarkan pengguna untuk membawa bersama namun untuk MSI Creator Z16 ini, ia adalah peranti hanya setebal 15.9 milimeter malah prestasi baterinya amat mengagumkan kerana mampu bertahan sepanjang hari biarpun penggunaan prestasi penuh.

Penyedia kandungan biasanya mementingkan kejituan warna supaya setiap video atau rekaan imej adalah sesuai dan menepati gambaran sesuatu projek, MSI Creator Z16 ini didatangkan dengan teknologi paparan ‘True Pixel’ yang memberikan keupayaan 100 peratus warna Gamut bersama-sama kalibrasi Delta-E kurang dua atau ‘Delta-E

Image

Selain daripada prestasi paparan, MSI Creator Z16 ini juga menampilkan kualiti audio pada tahap paling premium dengan Dynaudio, ia dilengkapi empat speakers stereo bersama pengiktirafan teknologi Nahimic oleh pengeluar peranti terkemuka, Steelseries.

Pengguna boleh melakukan belian menerusi laman rasmi MSI termasuk mengetahui maklumat terperinci berhubung ciri khusus serta spesifikasi laptop MSI Creator Z16 berkenaan.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,574FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat