Melaka Bergolak: ‘Norhizam, Jangan Menangguk Di Air Keruh’ – Bekas Adun Beri Amaran

- Advertisement -

MELAKA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menafikan semua 11 wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) bersama empat ADUN yang menyokong parti itu akan mengadakan pertemuan mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Low Chee Leong yang juga bekas ADUN Kota Laksamana memaklumkan, kenyataan dibuat ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee bersifat dangkal memandangkan perkara itu tidak pernah dibincangkan bersama pimpinan PH negeri.

“Merujuk kepada pengumuman Norhizam bahawa ADUN PH dan empat orang ADUN yang mengisytihar juga sokong kerajaan negeri akan mengadap Agong, Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari (juga) telah menafikan perkara ini.

“Norhizam ini siapa? PH tidak ada membangkitkan perkara ini dan kita tahu tidak boleh mengadap Agong tanpa melalui proses protokol yang betul.

“Saya ingin menegaskan bahawa Norhizam harus berhenti mencemarkan nama baik PH, kerana bukan semua ADUN PH menerimanya sebulat suara, jangan juga bermimpi DAP akan terima dia sebagai rakan,” katanya kepada Astro AWANI pada Khamis.

Terdahulu, Norhizam memaklumkan bahawa kesemua 15 ADUN UMNO, BERSATU dan Bebas Melaka yang mendakwa mempunyai majoriti cukup untuk membentuk kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, pertemuan itu ekoran ketidakpuasan hati terhadap keputusan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas mendapat nasihat Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Mengulas lanjut ujar Chee Leong, beliau memberi amaran kepada Norhizam untuk tidak mengambil kesempatan dengan krisis politik yang berlaku di negeri itu.

“Saya beri bagi amaran keras kepada beliau, ‘jangan menangguk di air keroh’ dan kucar kacirkan situasi politik yang sedang berlaku di Melaka ketika ini.

“Beliau harus bertanggungjawab terhadap kenyatan yang dibuat tanpa makluman PH dan jangan sampai dia jadi (lagi) bahan ketawa dunia,” katanya.

Isnin lalu, Tun Mohd Ali bersetuju membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14 berkuat kuasa Isnin lalu.

Perkara itu diumumkan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh, pada sidang medianya di Seri Negeri, di sini.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat