KPM perinci ujian pentaksiran masuk sekolah khusus

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi tujuan pemilihan pelajar untuk kemasukan ke tingkatan 1 dan 4.

Katanya, sekolah-sekolah khusus itu membabitkan Sekolah Berasrama Penuh(SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(SMKA), Sekolah Menengah Teknik(SMT), Kolej Vokasional(KV) dan Maktab Tentera Diraja(MTD) mulai tahun 2021.

“Bagi kemasukan ke Sekolah Khusus tahun 2022, permohonan ke tingkatan boleh diakses melalui pautan https//:spskt1.moe.gov.my manakala permohonan ke tingkatan 4 melalui pautan https//:spskt4.moe.gov.my bermula dari 10 Oktober 2021 hingga 15 November 2021,” kata KPM.

Ini perincian permohonan secara dalam talian berkenaan, SBP – tingkatan 1, 4 ; SMKA – tingkatan 1, 4; SMT – tingkatan 4; KV) – Tahun 1 KV; dan MTD – tingkata 4.

“Semua pemohon boleh membuat semakan pusat pentaksiran bagi tingkatan 1 dan 4 secara dalam talian bermula dari 1 Disember 2021.

“Pentaksiran akan bermula dari 17 Januari 2022 hingga 27 Januari 2022 bagi tingkatan 1 dan 7 Februari 2022 hingga 17 Februari 2022 bagi tingkatan 4.

“Komponen yang akan ditaksir ialah kecerdasan insaniah (20 peratus), kecerdasan intelektual (70 peratus) dan artikulasi penulisan (10 peratus),” jelas KPM.

Kementerian memberitahu, syarat permohonan kemasukan ke sekolah khusus ialah warganegara Malaysia, mendaftar dalam Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia; Murid Tahun 6 Tahun 2021; berumur 12 tahun atau lahir pada 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010; dan pelajar tingkatan 3 tahun 2021; berumur 15 tahun atau lahir pada 2 Januari 2006 hingga 1 Januari 2007.

“Keputusan pemilihan murid akan diumumkan pada 15 Mac 2022,” katanya

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat