BENTONG: Lebuhraya Jalan Central Spine (CSR) Jajaran Bentong dibuka untuk laluan kenderaan bermula hari ini.
Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembukaannya ini bakal memberi impak positif kepada rakyat. Dan daripada aspek pemanduan dan perhubungan jelasnya, mobiliti pengguna ke Pantai Timur dapat ditingkatkan.
Seksyen-seksyen ini bermula dari Jalan Susur Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (Lebuhraya Pantai Timur) melalui Persimpangan Benus, Bulatan Mempaga dan berakhir di Persimpangan Keruntung, katanya selepas majlis perasmian pembukaan dua (2) seksyen Jalan Central Spine (CSR) Jajaran Bentong yang dihadiri sama oleh Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Hj Fadhilah Yusof, di sini, sebentar tadi.
“Saya bersama Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Hj Fadillah Yusof merasmikan pembukaan dua (2) seksyen Jalan Central Spine (CSR) Jajaran Bentong pagi ini.