Klang Antara Beberapa Daerah Yg Dikenakan PKPB

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Kanan Pertahanan (kluster keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi mengumumkan daerah Klang akan dikenakan tindakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 9hb Oktober akan datang.

Selain Klang, 3 lagi daerah di Sabah akan turut dikenakan PKPB iaitu di Sandakan. Papar dan Tuaran. Kesemua kawasan ini telah pun berada dalam zon merah berikutan jumlah kes Covid-19 yang direkodkan melebihi 40 kes.

Perlaksanaan PKPB ini adalah bagi membendung jangkitan Covid-19 di kawasan ini selain memudahkan urusan pengesanan dijalankan, kata Sabri seperti dipetik dalam sidang media tersebut.

Sebelum ini beberapa pihak menggesa agar kerajaan mengetatkan kawalan di kawasan-kawasan yang dinyatakan diatas berikutan berlaku peningkatan kes yang agak tinggi.

Datuk Seri Najib Tun Razak antara pemimpin yang konsisten menyeru kerajaan untuk melaksanakan perintah sekatan bagi menyekat penyebaran Covid-19, terutama di Klang – SuaraTV.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat