Umno yakin hanya segelintir pengundi setia protes – Ahmad Maslan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mungkin hanya segelintir pengundi setia UMNO yang protes pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabtu ini, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata, jika mereka protes bererti mereka akan berada di kawasan pembangkang dan kesannya akan berlanjutan sehingga lima tahun akan datang.

“Jadi, kita kena berfikir panjang sebelum kita nak mengambil keputusan yang negatif.

“Saya yakin bilangannya tidak ramai. Saya tidak menafikan ada segelintir yang begitu, tapi itu hanya segelintir sahaja, bukannya majoriti,” lapor BH pada Khamis.

Sementara itu, beliau turut meminta pengundi di perantauan untuk pulang menunaikan tanggungjawab pada 9 September ini.

“Pengundi yang berada di perantauan pulanglah untuk mengundi,” katanya.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pada 23 Julai lalu.

PRK di kedua-dua kerusi berkenaan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara PN, BN-PH dan Bebas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat