DAP tidak akan tinggalkan Kerajaan Perpaduan hanya kerana kes Zahid – Kor Ming

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kes mahkamah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak akan menjadi punca kepada DAP untuk menarik sokongan kepada Kerajaan Perpaduan atas semangat setiakawan.

Tegas Naib Presiden DAP, Nga Kor Ming DAP tidak akan sekali-kali menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan susulan keputusan mahkamah membabitkan kes rasuah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.

Menurut beliau, DAP adalah sebuah parti yang mementingkan setiakawan dan sentiasa setia kepada perjuangan.

“DAP adalah rakan setiakawan dan sentiasa setia kepada perjuangan,” katanya pada Khamis.

Kor Ming berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mahu menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan susulan kes rasuah itu.

Syed Saddiq dilaporkan berkata, MUDA tidak akan teragak-agak menilai kedudukan dalam menyokong Kerajaan Perpaduan jika tiga tuntutan parti itu terhadap perkembangan kes membabitkan Ahmad Zahid tidak diambil tindakan susulan oleh kerajaan.

Jelas Kor Ming lagi, Syed Saddiq sepatutnya berbincang terlebih dahulu dengan pucuk pimpinan Kerajaan Perpaduan mengenai perkara itu.

“Syed Saddiq adalah antara ahli Parlimen yang menyokong kerajaan dan beliau perlu bincang dengan pucuk pimpinan. Itu lebih profesional,” katanya lapor Utusan di Putrajaya.

Mengulas mengenai keputusan mahkamah membabitkan Zahid, Kor Ming berkata, DAP mahu bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun memberi penjelasan lanjut mengenai kes itu.

“Saya rasa yang perlu jawab adalah bekas Peguam Negara. Semua pihak juga perlu faham bahawa Perlembagaan Persekutuan 145(3) memberi kuasa mutlak dan budi bicara kepada Peguam Negara sama ada untuk buat pertuduhan, penarikan pertuduhan ataupun apa-apa keputusan berkaitan kes jenayah.

“Pihak polis hanya mempunyai kuasa siasat dan yang berkuasa mendakwa pula Peguam Negara. Justeru, isu ini sepatutnya dijawab oleh Idrus,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat