TalentCorp Lancar Inisiatif Aturan Kerja Fleksibel (FWA)

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: TalentCorp melancarkan Aturan Kerja Fleksibel atau Flexible Work Arrangements (FWA) dengan tujuan membantu majikan yang ingin memahami dan mengetahui lebih lanjut tentang FWA serta cara untuk melaksanakannya di tempat kerja.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Thomas Mathew berkata, di bawah inisiatif ini, TalentCorp akan membantu majikan ke arah strategi integrasi FWA yang efektif di tempat kerja mereka.

Katanya lagi, TalentCorp turut akan memberikan khidmat nasihat secara menyeluruh menerusi Inisiatif ini dari aspek membantu syarikat untuk menerapkan Amalan Keseimbangan Kehidupan dan Pekerjaan atau ‘work-life balance’ serta FWA yang tersusun dan mampan, yang seterusnya membantu dalam pelaksanaannya sebagai norma baharu di tempat kerja.

“FWA@Workplace merupakan inisiatif yang tepat pada masanya dimana ia sejajar dengan usaha kerajaan Malaysia dalam menggalakkan pelaksanaan FWA, dan ia turut seiring dengan perubahan tempat kerja dan trend tenaga kerja semasa,

“TalentCorp sentiasa berada di barisan hadapan dalam agenda Kepelbagaian dan
Keterangkuman di tempat kerja sejak tahun 2013 bagi memastikan pembangunan kesejahteraan tempat kerja dititikberatkan sebagai penyumbang utama kepada pembangunan sosio-ekonomi yang mampan,” ujar Thomas Mathew.

Tambahnya, FWA merupakan satu keperluan bagi majikan dalam era pasca pandemik kini. Syarikat perlu mempertimbangkan pelaksanaan FWA di tempat kerja mereka bagi menarik minat bakat yang lebih tepat.

Jelas beliau lagi, sebagaimana didalam Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang dijangka mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2023, dimana pindaan turut merangkumi peruntukan baharu berhubung kemudahan aturan kerja fleksibel dimana;

  • meningkatkan produktiviti pekerja dan menggalakkan work-life balance serta mengurangkan kos pengoperasian majikan; dan
  • menjadi norma baharu terutamanya dalam fasa peralihan ke endemik yang lebih bersifat dinamik..

Sebagai faedah tambahan terhadap inisiatif ini, syarikat yang berjaya melaksanakan FWA layak mendapat Potongan Cukai Pendapatan Aturan Kerja Fleksibel (FWA), yang akan dipermudahkan oleh pihak TalentCorp.

Berikut merupakan antara contoh jenis FWA yang termasuk di bawah inisiatif ini:

• Waktu Kerja Fleksi: Pekerja diberi kelonggaran untuk memilih waktu kerja mereka sendiri, asalkan ia mencukupi waktu bekerja wajib.

• Bekerja Dari Rumah: Susunan Sistem Pekerjaan secara atas talian yang membolehkan pekerja bekerja dari rumah atau jauh dari syarikat.

• Pemampatan Minggu Kerja: Membenarkan pekerja untuk mendapatkan cuti setiap minggu tanpa mengurangkan standard waktu bekerja.

Katanya lagi, Inisiatif FWA@Workplace ini akan berlangsung dari hari ini hingga 31 Disember 2022 dan ia terbuka kepada semua syarikat yang berdaftar di Malaysia secara PERCUMA.

Untuk mendaftarkan syarikat anda atau mendapatkan maklumat lanjut berkenaan
inisiatif FWA@Workplace, majikan boleh menghantar e-mel menerusi pautan
[email protected] ataupun layari www.flexworklife.my.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat