Najib fail semakan kes SRC, mohon hukuman ditangguh, dibebaskan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak memohon agar dilepas dan dibebaskan daripada sabitan serta hukumannya sehingga semakan keputusan hukumannya diputuskan.

Najib semalam mengemukakan permohonan menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan, yang mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta terhadapnya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Bekas Perdana Menteri itu memfailkan permohonan notis usul itu melalui firma guaman Tetuan Shafee & Co, memohon kebenaran untuk membuat semakan terhadap keputusan panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos lalu.

Permohonan tersebut yang disahkan oleh peguam Rahmat Hazlan, antaranya memohon agar Najib dilepaskan dan dibebaskan daripada sabitan serta hukumannya sehingga semakan tersebut diputuskan.

Selain itu, notis tersebut menyatakan Najib memohon agar rayuan akhir itu didengar semula di hadapan panel hakim lain, yang dianggotai tidak kurang daripada tujuh orangg hakim atau yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Permohonan tersebut dibuat atas alasan bahawa hak Ahli Parlimen Pekan itu melalui Perlembagaan Persekutuan telah dinafikan.

Beliau juga mendakwa pasukan pembelaan yang baharu tidak diberikan ruang dan peluang untuk bersedia sebelum berhujah pada rayuan akhir kes SRC International, dan ia dijalankan secara ex-parte atau berat sebelah, lapor Astro Awani.

Pada masa yang sama, melalui permohonan semakan itu, Najib berkata Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali berada dalam konflik kepentingan apabila mendengar kes SRC International.

Pada 23 Ogos lalu, panel lima hakim yang diketuai Hakim Tengku Maimun sebulat suara mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini.

Turut bersidang pada tarikh tersebut ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan; Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,496FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat