Menteri Mahu Lindungi Mangsa Atau Pelaku Seksual?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – MUDA mengecam kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkenaan perkongsian pelakon perempuan berusia 15 tahun yang mendedahkanpencabulan oleh bapanya sejak kecil lagi sebagai membuka aib kerana sepatutnya gangguan seperti itu tidak patut didedahkan kepada orang ramai.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat MUDA Biro Keluarga dan, Gender, Ainie Haziqah Shafii menganggap kenyataan tidak bertanggungjawab seperti ini kerana antara sebab utama mangsa-mangsa pencabulan, gangguan seksual dan penderaan tidak mahu membuat laporan polis atau mendedahkan gangguan terhadap mereka adalah kerana sikap segelintir masyarakat termasuk pemimpin negara yang memandang remeh perbuatan seperti ini.

“Merujuk kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkenaan perkongsian pelakon perempuan berusia 15 tahun yang mendedahkanpencabulan oleh bapanya sejak kecil lagi sebagai membuka aib kerana sepatutnya gangguan seperti itu tidak patut didedahkan kepada orang ramai.

“Saya mengecam keras kenyataan tidak bertanggungjawab seperti ini kerana antara sebab utama mangsa-mangsa pencabulan, gangguan seksual dan penderaan tidak mahu membuat laporan polis atau mendedahkan gangguan terhadap mereka adalah kerana sikap segelintir
masyarakat termasuk pemimpin negara yang memandang remeh perbuatan seperti ini.

“Adalah lebih jijik kerana perbuatan ini adalah dilakukan oleh bapa beliau sendiri,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau menegaskan pencabulan seksual adalah satu jenayah di negara ini.

“Kenyataan Menteri PAS ini seolah-olah mempertahan bapa yang telah mencabul serta mengganggu secara seksual anak perempuan tersebut.

“Menteri seharusnya cuba sedaya upaya membantu memberi sokongan kepada mangsa-mangsa sebegini jika mahu perbuatan keji seperti ini diambil tindakan serius,” tegasnya.

Bukan cuma itu, katanya pelakon perempuan ini adalah bawah umur; seharusnya ada langkah segera melindungi dia agar beliau berasa selamat dan dilindungi.

“Kanak-kanak di negara ini harus dilindungi dalam apa jua keadaan.

“Selain itu, Akta Gangguan Seksual telah diluluskan di Parlimen. Persoalannya, bilakah kerajaan mahu segera mengazetkan akta ini agar dapat terus dikuatkuasakan bagi melindungi lebih ramai mangsa.

“Saya yakin dan pasti ini bukan kes terpencil yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Setiap hari kita dihidangkan dengan pelbagai isu dan berita menyayat hati berkaitan pencabulan dan gangguan seksual,” katanya.

Ainie Haziqah mempersoalkan apakah tindakan kerajaan dalam melindungi mangsa-mangsa terutamanya wanita di negara ini?

“Adakah kerajaan hanya akan berdiam diri dan membiarkan tiada tindakan diambil untuk menghindari masalah ini? soal beliau.

Semalam Idris berkata, pelakon berusia 15 tahun yang baru-baru ini mendedahkan sikap buruk bapanya dalam satu program broadcast di YouTube sewajarnya menutup aib sendiri dan tidak mendedahkan perkara itu pada orang ramai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata, remaja itu sewajarnya membuat laporan polis bagi membolehkan dirinya mendapat pembelaan undang-undang dan dilindungi dari sebarang ancaman kepada diri pada masa akan datang.

“Sepatutnya kita dalam Islam, dia lebih pentingkan kepada menutup aib sendiri. Sepatutnya gangguan seperti itu tak perlu didedahkan pada orang ramai.

“Dia sepatutnya lapor kepada polis. Polis yang bertanggungjawab akan menyiasat kes itu,” katanya .

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat