KPM, SPP Percepat Proses Pengisian Kekosongan Jawatan Guru – Radzi Jidin

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) hari ini mengadakan mesyuarat secara maya bagi menangani isu kekurangan guru sekolah di seluruh negara.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, mesyuarat itu memfokuskan status pengambilan khas lebih 18,000 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

“Sebelum memulakan sesi ketiga libat urus hari ini, saya mengadakan mesyuarat secara maya bersama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Mesyuarat turut dihadiri pengurusan tertinggi KPM dan SPP.

“Perkara utama yang kami bincangkan adalah mengenai status pengambilan khas 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara one-off.

“Saya yakin, SPP selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) sentiasa komited untuk membantu KPM dalam mempercepatkan pengisian kekosongan jawatan guru,” katanya, dipetik dari Facebook beliau.

Dalam perkembangan lain, Dr Radzi turut memberi jaminan akan mengambil kira pandangan ibu bapa, guru dan pentadbir sekolah sebelum pelan komprehensif pembukaan sekolah dimuktamadkan.

Beliau berkata saranan dan cadangan yang diberi akan diteliti dan diperhalusi sebelum sebarang keputusan dilaksanakan.

“Apa jua yang kami usahakan pastinya demi pendidikan generasi masa depan negara. Insya-Allah. KPM (Kementerian Pendidikan) sentiasa komited untuk melakukan yang terbaik,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat