Program pembasmian kemiskinan ambil kira pelbagai faktor – Muhyiddin

Pemilihan Presiden US: Biden Serang Trump Isu Wabak, Trump Serang Biden Isu Ekonomi

AMERIKA SYARIKAT: Calon-calon pemilihan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan Donald Trump saling berbalas-balas serangan dengan Biden menyerang kelemahan Trump semasa mengendalikan wabak Covid-19...

Gila! Belah Perut Isteri Nak Tengok Jantina Anak

SEORANG lelaki di India ditahan polis kerana membelah perut isterinya yang sedang mengandung dengan sabit sehingga menyebabkan wanita itu sekarang tenat di hospital...

PN Perlu Segera Merencana Pemberdayaan Wanita Malaysia

Oleh: Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff Setelah tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan pada 24 Februari 2020, kita mendapati kurangnya gerakan bagi membincangkan hala tuju perkembangan wanita...

Polis Terima 35 Laporan Berkaitan Mohamaddin Hina Anggota Keselamatan

KOTA KINABALU – Sebanyak 35 laporan diterima polis Sabah setakat ini berkaitan penghinaan seorang bekas menteri ke atas anggota keselamatan bertugas ketika Op Daulat...

Mohamaddin Sangat Biadab, Melampau – Mejar Huan Cheng Guan

KOTA KINABALU – Kenyataan bekas Menteri Pakatan Harapan (PH) yang kini merupakan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi menghina wira...

KUALA LUMPUR: Program pembasmian kemiskinan di negara ini dilakukan bukan sahaja mengambil kira soal kaum dan bangsa, tetapi juga fakta-fakta lain dalam usaha mewujudkan peluang yang adil dan saksama kepada semua rakyat.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia bagi memastikan kekayaan dapat diagih dan dinikmati secara bersama.

“Dasar kerajaan Perikatan Nasional adalah untuk melaksanakan program pembasmian kemiskinan secara menyeluruh dan ini mengambil kira perbezaan bumiputera dan bukan bumiputera, wilayah dan bukan wilayah termasuk di Sabah dan Sarawak dengan pelbagai inisiatif yang dilakukan pada masa lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada persidangan Dewan Negara hari ini bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Senator Datuk Razali Idris mengenai inisiatif kerajaan dalam mengatasi masalah kemiskinan di negeri seperti Kelantan, Teregganu, Sabah dan Sarawak.

Muhyiddin berkata penekanan kerajaan kepada usaha membangunkan sosioekonomi bumiputera tidak bermakna kerajaan mengabaikan golongan bukan bumiputera dan kerana itu, kerajaan mewujudkan dasar Wawasan Kemakmuran Bersama yang mengambil kira kepentingan semua kaum.

“Bumiputera adalah sebahagian besar daripada populasi di negara ini iaitu hampir 70 peratus. Ini menyebabkan kerajaan menumpukan kepada mereka demi membangunkan ekonomi negara secara keseluruhan,” katanya.

Perdana menteri bagaimanapun berkata kerajaan sentiasa prihatin dengan masalah setiap kaum dan tidak akan mengabaikan mana-mana golongan, khususnya dalam soal kemiskinan.

“Kita tidak boleh biarkan bukan bumiputera miskin dan hanya Melayu (bumiputera) kita kayakan…tidak boleh. Kita mesti ada satu dasar yang adil untuk semua kaum di negara ini,” katanya.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

#PRNSabah : Calon USNO Menangis Rayu Dipilih Wakil Rakyat Paginatan

KOTA KINABALU - Menjelang pecutan akhir berkempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, pelbagai ragam calon dapat disaksikan untuk meraih sokongan pengundi. Tidak ketinggalan calon...

Warisan Bayar RM500 Ribu Untuk 5 Orang ‘cybertroopers’

Kota Kinabalu - Parti Warisan Sabah (Warisan) di dakwa membayar lima orang cybertroopers yang dibawa khas dari Semenanjung Malaysia khusus untuk membantu gerak kerja...

“Minta maaf tak ikhlas, Warisan Plus patut gugur pencalonan Mohammadin” – Najib

KOTA KINABALU- Warisan Plus didesak menggugurkan pencalonan Datuk Mohammadin Ketapi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama. Gesaan itu disarankan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk...