KWSP akan lanjutkan tarikh majikan buat caruman wajib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melanjutkan tarikh untuk majikan membuat bayaran caruman wajib daripada 15 haribulan kepada 30 haribulan bagi bulan September 2020 hingga Disember 2020.

KWSP sebelum ini telah pun melanjutkan tarikh bayaran caruman berkenaan bagi bulan April 2020 hingga Ogos 2020, bertujuan untuk meringankan beban majikan berikutan keadaan semasa yang tidak menentu disebabkan pandemik COVID-19.

Keputusan untuk meneruskan fleksibiliti ini adalah sejajar dengan pengumuman kerajaan baru-baru ini untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Disember 2020, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Majikan boleh membuat bayaran caruman melalui portal i-Akaun (Majikan) dalam laman sesawang KWSP, perbankan Internet ataupun di kaunter bank yang dilantik.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat