50 Kes Baharu Bagi Kluster Benteng Di Sabah -KKM

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 50 kes dikesan positif COVID-19 dari Kluster ini.

Kesemua yang positif merupakan tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu sebanyak 43 kes dan 7 kes dicatatkan di Penjara Tawau. Kluster ini telah dikenal pasti pada 1 September 2020.

Kemunculan kluster ini bermula dari dua (2) orang Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang ditahan di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Sabah pada 24 Ogos lepas.

Menurut KKM, Kumpulan PATI ini telah disaring dan didapati positif COVID-19 pada 31 Ogos dan telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu. Aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat telah dijalankan.

Dari data yang diperolehi oleh KKM dalam tempoh 7 hari, seramai 1,404 orang telah disaring dan daripada 66 kes positif COVID-19 dikesan dengan kadar positif sebanyak 4.7%. KKM juga menjelaskan daripada 66 kes positif tersebut, sebanyak 64 kes melibatkan banduan dan dua (2) lagi kes merupakan seorang pegawai penjara dan anak saudaranya.

Faktor penularan COVID-19 bagi kluster ini adalah disebabkan ruang lokap yang sesak dan sempit, serta tiada penjarakan fizikal yang menjadi penyumbang utama penularan jangkitan COVID-19 di kalangan banduan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat