Izzah masih aktif dalam PKR, cuma ada program di luar – Anwar

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima baik keputusan anak sulungnya yang melepaskan jawatan Timbalan Presiden PKR semalam.

Presiden PKR itu memaklumkan Izzah masih aktif dalam parti namun ada program di luar.

“Dia (Izzah) ada program di luar, tak apa kita boleh terima baik.

“Tapi dia masih aktif dalam parti,” kata Perdana Menteri ketika mengulas mengenai pengumuman Nurul Izzah yang melepaskan jawatan Timbalan Presiden PKR, lapor BH di Alor Gajah, Melaka pada Jumaat.

Nurul Izzah dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat selepas pertimbangan yang panjang bagi membolehkannya mengorak langkah baharu meneruskan pengajian lanjutan berteraskan khidmat dan bakti tanpa semestinya terikat dengan dunia politik.

Bagaimanapun, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dilaporkan berkata, keputusan berkenaan tidak mengubah pendiriannya untuk terus kekal sebagai anggota PKR dan memberikan dokongan kepada perjuangan parti ke arah Malaysia yang lebih baik di bawah pimpinan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama saf kepemimpinan serta akar umbi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat