KUALA LUMPUR – Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos dengan sinis mengucapkan terima kasih kepada Bersatu kerana menerima penyertaan bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo dalam parti itu.
“Terima kasih saya ucapkan kepada parti Bersatu kerana sudi terima mamat ini.
“Hilang duri dalam Umno bahagian Sungai Besar. Amin,” catat Jamal di Fcaebook.
Beliau mengulas kenyataan Khir yang mempertahankan keputusannya menyertai Bersatu, dengan mendakwa bahawa Umno tidak lagi memainkan peranan sebagai parti dominan dalam kerajaan.
Bekas Adun Sungai Panjang itu juga pernah menjadi Ketua Umno Bahagian Sungai Besar.
Berita penyertaan Khir ke dalam Bersatu dikongsikan oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik dalam satu hantaran di Facebook semalam.
Langkah itu menerima kritikan daripada pemimpin-pemimpin Umno yang melabelkan Khir sebagai ‘pemimpin penyapu’ merujuk kepada insiden pada tahun 2007 apabila dia menghadiahkan penyapu kepada seorang pegawai majlis daerah sebagai satu bentuk penghinaan.



