Pemimpin senior DAP label Akmal ‘anjing liar’

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh menegaskan beliau hanya mempertahankan lambang bendera Malaysia namun kini pemimpin DAP melabel dirinya sebagai anjing liar.

Terdahulu veteran DAP Datuk Teng Chang Khim dalam hantaran di Facebooknya berkata,”untuk perangai seperti anjing liar ini, jangan buang masa buat laporan polis. Buat aduan di unit tangkap anjing liar di Majlis Perbandaran sudah memadai”.

Susulan kenyataan itu, Akmal tidak menyangka seorang pemimpin senior DAP sanggup melabel sedemikian terhadapnya.

“Inilah perangai pemimpin mereka. Bila kita pertahankan lambang bendera Malaysia dan tak ada lagi isu yang mereka nak pertahankan akhirnya mereka tuduh kita pula sebagai anjing liar

“Bukan hanya yang muda sahaja yang bengap,tetapi pemimpin senior pun bengap rupanya.

“Sebiji perangai mcm babi hutan lepas ni tuduh Dr Akmal menghina babi hutan pula ya,” sindir Exco Melaka itu.

Terdahulu, Akmal menegaskan bahawa insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah sekolah di Port Dickson tidak wajar dipandang ringan, apatah lagi dengan alasan ia dilakukan oleh pekerja Orang Kurang Upaya (OKU).

Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, tindakan memberi alasan melibatkan OKU adalah tidak bertanggungjawab dan mencerminkan kelemahan dalam pengurusan sekolah tersebut.

“Kalau dah tahu dia OKU, kenapa dibenarkan pasang tanpa pengawasan? Takkan tiada pekerja lain yang boleh dipertanggungjawabkan?” katanya dalam satu video yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana kesilapan seperti itu tidak disedari lebih awal oleh pihak sekolah dan mengapa tiada tindakan pantas untuk memperbetulkannya.

Dr Akmal juga mahu Kementerian Pendidikan tampil memberi penjelasan mengenai status sebenar pekerja OKU yang terlibat dalam insiden tersebut, sama ada tergolong dalam kategori fizikal atau mental.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat