Malaysia bergembira dengan persetujuan bodoh dalam rundingan Tarif – Tun Mahathir

Kuala Lumpur, – Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini melontarkan kritikan pedas terhadap perjanjian perdagangan terkini antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) yang menurutnya memberi kelebihan besar kepada Washington tetapi merugikan kepentingan nasional Malaysia.

Dalam kenyataan ringkas enam para bertajuk TRUMPED, Dr. Mahathir menyifatkan kerajaan Malaysia sebagai “gembira tanpa sebab” berhubung rundingan tersebut, yang dilihat sebagai tidak seimbang dan menjejaskan potensi strategik negara dalam sektor nadir bumi.

Antara butiran utama perjanjian yang dikritik ialah Amerika Syarikat bersetuju menurunkan tarif ke atas barangan Malaysia daripada 25% kepada 19 peratus, iaitu pengurangan hanya enam peratus.

Namun sebagai Sebagai balasan, Malaysia bersetuju menghapuskan semua cukai ke atas 11,000 produk Amerika Syarikat (AS) yang memasuki negara ini.

“Kita melupuskan seratus peratus cukai untuk 11,000 produk AS, tapi kita hanya dapat pengurangan enam peratus tarif daripada AS. Itu bukan satu perjanjian yang baik,” kata Dr. Mahathir.

Bekas Perdana Menteri itu turut mempersoalkan strategi Malaysia dalam isu nadir bumi, sumber yang semakin kritikal dalam sektor teknologi tinggi dan pertahanan.

“Nadir bumi sebagai bahan mentah hanya memberikan lima peratus daripada nilai keseluruhannya. Jika kita proses dan mengekstrak elemen di dalamnya, kita boleh dapat pulangan 30 kali ganda,” katanya.

Beliau menyifatkan langkah Malaysia membekalkan nadir bumi mentah kepada AS sebagai bodoh dan mengorbankan peluang untuk membina industri berteknologi tinggi dalam negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat