Susah Azmin Nak Jadi PM Kalau Tak Bagi Kepercayaan Kepada Orang Bawahan, Pasukan – Amirudin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Amirudin Shari tidak menafikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seorang Menteri Besar Selangor yang bagus tetapi ada kekurangan yang perlu ditangani sekiranya masih bercita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Amirudin mendedahkan bahawa Azmin seorang yang sangat teliti dan mengamalkan pengurusan mikro.

Dalam podcast Keluar Sekejap, Amirudin ditanya sama ada Azmin Menteri Besar yang bagus dan beliau mengakuinya.

“Dalam sesetengah aspek ya, Azmin seorang Menteri Besar yang bagus.

“Tapi sebab kaedah beliau mentadbir secara micro manage jadi kadang-kadang beliau akan membuat keputusan yang agak lambat dan sangat berhati-hati sebagaimana membuat kira kira Matematik.

“Untuk mentadbir sebuah negeri yang besar ataupun menjadi Perdana Menteri Malaysia… sebab Azmin bercita-cita nak jadi Perdana Menteri, tak salah pun. Tapi untuk menjadi seorang pemimpin kita kena bagi kepercayaan kepada orang bawahan dan juga kepada pasukan,” katanya siaran itu pada petang Isnin.

Menurut Amirudin, dengan kepercayaan itulah sebenarnya seseorang pemimpin itu boleh ke depan.

“Saya lihat kalau dia masih lagi mengekalkan kaedah micro manage sebagaimana yang saya kenal beliau mungkin itu akan menghalang cita-cita beliau,” akui beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat