RM200 Juta Untuk Program Penyeragaman Harga – PM

- Advertisement -

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan memperuntukkan sebanyak RM200 juta bagi melaksanakan Program Pengedaran Barang Perlu melalui Community Drumming atau lebih dikenali sebagai Program Penyeragaman Harga.

Jelas beliau, Program Penyeragaman Harga ini membolehkan penduduk di kawasan pedalaman atau luar bandar menikmati tujuh harga barangan keperluan asas pada harga yang sama di bandar.

“Kerajaan turut menyedari perbezaan harga barangan yang ketara antara bandar dan pedalaman di enam buah negeri terutama di Sarawak,

“Berikutan itu, Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM200 juta pada tahun ini bagi melaksanakan Program Pengedaran Barang Perlu melalui Community Drumming atau lebih dikenali sebagai Program Penyeragaman Harga.” katanya sempena Jelajah Keluarga Malaysia, di Dataran Perayaan Petrajaya, di sini, pada Ahad.

Turut hadir Premier Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Menteri Kanan Kerjaraya, Dato’ Sri Hj Fadillah Yusuf dan barisan Menteri dan Timbalan Menteri Sarawak.

Antara barang tersebut itu ialah gula putih, tepung gandum kegunaan am/bukan kegunaan am, minyak masak sawit, beras putih, gas petroleum cecair (LPG), petrol RON95 dan diesel.

“Daripada RM200 juta, sebanyak RM125 juta ataupun lebih 62 peratus adalah khusus bagi melaksanakan program ini di Bumi Kenyalang, yang memberi manfaat kepada
500,000 penduduk negeri Sarawak melibatkan 112 zon merangkumi 538 kawasan pengedaran.” ujar beliau.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat