Email Pembaca: Noraini Letak Jawatan Kerana Zahid? Zahid Tidak Fikir Masa Depan Mahasiswa?

- Advertisement -

DI SAAT negara berdepan dengan Covid-19, Zahid dengan sombongnya ingin terus melihat masa depan negara menjadi cagaran selepas mengarah Ketua Wanita UMNO YB Dato’ Seri Dr Noraini Ahmad meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Masa depan mahasiswa yang berhempas pulas dengan pembelajaran yang sangat getir, Zahid sekali lagi ingin menunjukkan kuasanya yang membuta tuli.

Jika Zahid memikirkan soal negara atau masa depan rakyat, Zahid tidak perlu bermain politik kotor seperti hari ini. Menggunakan nama UMNO untuk merawat dendam kesumat terhadap kerajaan yang tidak menyebelahi dirinya dalam perbicaraan di Mahkamah.

Zahid lebih mementingkan diri sendiri daripada nasib mahasiswa Malaysia. Zahid ingin membuktikan bahawa dia mempunyai kuasa sebagai presiden dengan mengarahkan ahli parlimen UMNO menarik sokongan. Apa yang pasti, Zahid tidak puas hati kerana terpaksa berdepan dengan kes yang sangat berat.

Zahid meminta usul tidak percaya terhadap YAB Tan Sri Mahiaddin Yassin di Parlimen sehingga tidak sedar dia sendiri tidak dipercayai oleh partinya sendiri dengan tindakan menangguhkan pemilihan parti UMNO namun ditolak oleh ROS.

Zahid sebenarnya pengecut yang patut ditendang daripada memimpin parti keramat Orang Melayu ini kerana bimbang banyak kehancuran yang akan dilakukan olehnya.

Zahid Korbankan Masa Depan Mahasiswa.

*Mahasiswa Muda*

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat