EMEL PEMBACA: PUAD ZARKASHI PERNAH DERHAKA KEPADA PARTI!

- Advertisement -

Kepada pembaca,

Mengenali Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dilantik, Datuk Dr Puad Zarkashi bukanlah baru. Susuk tubuh yang mana digelar “Anwarinas” ini adalah seorang yang boleh dikatakan ‘Jeneral yang tinggalkan askar di medan perang’ ketika Pilihan Raya Umum (PRU14) lepas.

Ketika namanya tidak dicalonkan pada PRU14, beliau ketika itu beliau memegang jawatan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) sebuah agensi kerajaan di bawah KKMM.

Ketika beliau jadi Ketua Pengarah (JASA), Puad Zarkashi pernah ugut dan bagi kata dua kepada pemimpin UMNO bila dia tidak dapat bertanding dalam PRU Ke-14 (2018).

Puad buat sidang media ugut pemimpin UMNO dan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah JASA. Semua orang masih ingat – punca kemarahan Puad adalah kerana ketua wanita bahagiannya, seorang peguam telah dipilih untuk menjadi calon tetapi beliau (Puad) sendiri tersingkir.

Jika yang ingat bagaimana surat Puad pernah tular apabila dia mengisytiharkan untuk bertanding bebas di kerusi P150 Batu Pahat dan N24 DUN Senggarang.

Adakah Puad seorang ‘Melayu Yang Mudah Lupa”? Apakah beliau lupa dengan kata-kata yang pernah dia tuturkan; ‘’Saya akan berperang melawan sistem yang rosak dalam UMNO dalam memilih calon untuk PRU14’’.

Ketika ahli-ahli UMNO dan Barisan Nasional berkerja keras untuk mempastikan BN menang pada PRU14 lepas, beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah JASA di saat UMNO menghadapi PRU Ke-14, Puad Zarkashi telah melumpuhkan jentera propaganda kerajaan dan UMNO yang diperlukan untuk bergerak lebih aktif, terancang dan berkesan dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Puad sendiri memberikan pukulan moral yang hebat terhadap JASA khususnya UMNO pada 2018 yang akhirnya menyebabkan UMNO yang menjadi tunjang kepada BN telah tewas dalam PRU lepas.

Puad mungkin dianggap tidak berpengaruh tetapi jentera JASA telah pun mempunyai pengaruh hingga ke akar umbi – yang akhirnya telah ‘dikafan’ dan ditalkin’ oleh Puad sendiri! Apakah Puad lupa lagi?

Sebagai kesimpulan yang saya dapat simpulkan, Umno tumbang sewaktu dia jadi KP JASA, TETAPI dia soerang KP JASA yqng gagal. Bila namanya tidak dicalonkan, dia buat sidang media untuk umumkan menjadi calon bebas menentang calon Barisan Nasional.

Beliau pentingkan diri & derhaka kepada parti. Bila Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Pahat bertanding Parlimen, Puad telah sabotaj parti. Dia pengkhianat kepada parti.

Sejak habis PRU14 hingga hari ini beliau menghentam pemimpin umno. Apakah beliau alat kepada Dato Seri Anwar Ibrahim untuk hancurkan parti?

Sewaktu beliau di dalam Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya memang beliau merupakan penyokong tegar Anwar Ibrahim. Sesuai dengan gelaran ‘Anwarinas’ yang dilabelkan kepada dirinya.

Kalau ada yang bertanya siapa Puad? Jawapannya – Puad adalah contoh ‘jeneral yang lari meninggalkan askar-askar ketika sedang bertempur di medan perang’!

DARIPADA:
Ikhmal Hakim,
Jasin, Melaka

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat