TMJ Mahu ‘Backhand’ Mahathir?

- Advertisement -

Johor Bharu –Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali lagi tampil menunjukkan keperihatinan baginda terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat negara ini.

Tunku Ismail melalui laman Instagram miliknya, dilihat mengeluarkan kenyataan sinis terhadap orang tertentu yang disifatkan sebagai gila kuasa di saat negara ketika ini memerlukan kestabilan untuk memperbaiki ekonomi bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Paling menarik kenyataan tersebut dikeluarkan sejurus selepas pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai parti yang bakal ditubuhkannya.

Walaupun tidak kenyataan tersebut tidak memetik sebarang nama, namun ramai yang mendakwa kenyataan tersebut ditujukan kepada Mahathir.

“Rakyat tengah susah. Negara perlukan kestabilan untuk memperbaiki ekonomi supaya dapat membantu dan boleh mengurangkan beban rakyat.

“Semua dah kaya raya tetapi masih gila kuasa. Ada juga aku ‘backhand’ seorang-seorang,” katanya.

Sebelum itu, Tengku Ismail yang juga lebih dikenali sebagai TMJ turut berkongsi makna sebuah kematangan.

Baginda berpendapat bahawa kematangan bermaksud apabila seseorang belajar untuk melepaskan.

“Tak habis-habis nak pecahbelahkan Melayu,” ujarnya lagi.

Terdahulu bekas perdana menteri itu berkata, walaupun parti baru yang ditubuhkannya merupakan minoriti, namun mereka akan dapat menjadi kuasa blok ke-3 dalam arena politik negara.

Mahathir mengumumkan penubuhan parti baru selepas keahlian PPBM yang diterajuinya sebelum ini disahkan terbatal.

Beliau bagaimanapun belum menamakan parti baru itu kerana menunggu proses permohonan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Katanya, asas penubuhan parti itu akan mengambil “DNA” asal PPBM sebelum ini. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat