Super Ring: Najib Strike Back ( Serang Balik)!!!

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Berikutan penahanan seorang bekas Menteri Kewangan semalam dan akan dihadapkan ke Mahkamah hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir beberapa orang wakil rakyat pembangkang yang lain dengan keropok Super Ring.

“Korang makan berapa paket pagi nanti?”, tanya Najib ringkas di laman Facebooknya.

Berdasarkan keratan gambar yang disertakan dalam hantaran berkenaan, ia dipercayai merujuk kepada tindakan mereka yang berkenaan memuat naik gambar sedang makan keropok yang sama ketika Mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas beliau minggu lepas.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, mengesahkan penahanan pemimpin politik pembangkang berkenaan dan akan mendakwa beliau di Mahkamah hari ini selepas mendapat persetujuan Peguam Negara.

Pendakwaan tersebut adalah berkaitan dengan tuduhan berlakunya rasuah dalam isu pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang sejak beberapa tahun lepas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat