Kes Guan Eng Fitnah Jijik Kerajaan Muhyiddin – Anak

- Advertisement -

CYBERJAYA – Anak kepada Lim Guan Eng, mendakwa bahawa penahanan bapanya lewat malam tadi merupakan rancangan jahat oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Marcus Lim dalam status Facebook miliknya berkata, mereka sudah menjangkakan bahawa bapanya yang juga bekas menteri kewangan itu bakal ditahan atas kesalahan rasuah.

“Ayah saya telah ditahan pada malam tadi . Secara jujurnya, sejak keruntuhan Kerajaan Pakatan Harapan, peristiwa seperti ini telah pun dijangka akan berlaku,” katanya.

Menurutnya, ‘taktik kotor’ kerajaan PN hari ini membuat tuduhan terhadap bapanya adalah semata-mata untuk mencemarkan nama DAP.

Rancangan ini tambahnya juga secara jelas bermotifkan politik dan hanya mahu menghancurkan Pakatan Harapan semata-mata.

“Rancangan mereka mudah, fitnah dan tangkap pemimpin yang enggan tunduk kepada taktik kotor.

“Motif mereka jelas, fitnah dan cemarkan DAP sebagai sebuah parti yang korup, untuk hancurkan PH sikit demi sikit.

“Jelas ini adalah dakwaan politik, dan tindakan ini amat menjijikan.
Lawan tetap Lawan. Berani kerana Benar,” ujarnya.

Lewat malam tadi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata bekas menteri kewangan itu akan dikenakan tiga pertuduhan di mahkamah, masing-masing pada esok, Isnin dan Selasa ini.

“7 Ogos 2020, jam 9.00 pagi (di dakwa) di Mahkamah Khas Rasuah, Jalan Duta di bawah Seksyen 16(a) (A) Akta Rasuah SPRM 2009.

“10 Ogos 2020, jam 9.00 pagi (di dakwa) di Mahkamah Seksyen Pulau Pinang di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“Kedua-dua pertuduhan itu adalah bersangkutan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang,” memetik kenyataan tersebut.

Seterusnya pada 11 Ogos 2020, pada jam 9.00 pagi Guan Eng juga akan di dakwa di Mahkamah Seksyen Pulau Pinang di bawah akta yang sama.

Bagaimanapun pertuduhan ketiga itu membabitkan satu lagi kes berlainan yang tidak dinyatakan.

Ekoran penahanan itu, Guan Eng akan bermalam di ibu pejabat SPRM sebelum dibawa ke mahkamah pagi keesokan harinya. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat