Lagu ABC GST Rai Tangkapan Guan Eng

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MT) Datuk Mohd Razlan Rafii ‘meraikan’ penahanan Lim Guan Eng berhubung kes rasuah malam hari ini.

Video berdurasi 0.34 saat itu sebagai timbal balas kepada video yang pernah memaparkan nyanyian lagu oleh Lim bermelodi sama, sebagai kritikan terhadap cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan Barisan Nasional ketika itu.

“A,B,C,D, DAP. Lim Guan Eng kena tangkap. Hari-hari makan suap(rasuah), hari ini tidur lokap.

“A,B,C,D,DAP, banyak makan rasuah.”

Lewat malam tadi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata bekas menteri kewangan itu akan dikenakan tiga pertuduhan di mahkamah, masing-masing pada esok, Isnin dan Selasa ini.

“7 Ogos 2020, jam 9.00 pagi (di dakwa) di Mahkamah Khas Rasuah, Jalan Duta di bawah Seksyen 16(a) (A) Akta Rasuah SPRM 2009.

“10 Ogos 2020, jam 9.00 pagi (di dakwa) di Mahkamah Seksyen Pulau Pinang di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“Kedua-dua pertuduhan itu adalah bersangkutan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang,” memetik kenyataan tersebut.

Seterusnya pada 11 Ogos 2020, pada jam 9.00 pagi Guan Eng juga akan di dakwa di Mahkamah Seksyen Pulau Pinang di bawah akta yang sama.

Bagaimanapun pertuduhan ketiga itu membabitkan satu lagi kes berlainan yang tidak dinyatakan.

Ekoran penahanan itu, Guan Eng akan bermalam di ibu pejabat SPRM sebelum dibawa ke mahkamah pagi keesokan harinya. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat