KPN Cadang Inkues Kematian Adib Diadakan Semula

Bersahabat Biar Jujur, Ketua Armada Bersatu Jangan Melampau, Kata Dr Asyraf

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan tidak melampaui batas setelah sekian lama UMNO bertolak ansur dalam membentuk kerajaan Pusat dan kerajaan...

Shafie Apdal Kunci Mulut, Enggan Ulas Pelantikan Hajiji Sebagai KM Sabah

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengunci mulutnya daripada mengulas panjang mengenai perkembangan politik terkini di negeri...

Jangan Hanya Berpolitik, Sekarang Masa Selesai Masalah Rakyat – Bung Moktar

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu semua pihak dan kerajaan negeri yang baharu dibentuk ini melaksanakan tugas dengan baik. Tegas...

Ujian Covid-19 Negatif Tetap Perlu Patuh Arahan Kuarantin – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menasihatkan golongan berisiko menjalani kuarantin selama 14 hari bagi mengelak penyebaran Covid-19. Jelas Asyraf, ia...

Kes Bekas Peguam Negara Saman Lim Kit Siang RM10 Juta Bermula April Depan

KUALA LUMPUR - Pendengaran saman bekas peguam negara, Mohamed Apandi Ali, terhadap pemimpin DAP, Lim Kit Siang ditetapkan selama 5 hari bermula 5 April...

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan satu inkues diadakan semula berhubung kes kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata ia berikutan terdapat saksi baharu yang akan tampil memberi keterangan berhubung kematian anggota bomba itu.

“Sehingga kini seramai 54 saksi baharu dirakamkan percakapan melibatkan saksi polis, saksi awam dan saksi pakar yang membawa kepada 115 orang telah dirakam percakapan sepanjang siasatan kes ini berlangsung.

“Saya mahu berlaku adil kerana tiada apa yang nak disembunyikan, apa pun siasatan penuh telah dibuat namun kami tidak temui bukti kukuh menyatakan bahawa ada seseorang yang nampak arwah ditangkap, dipukul dan sebagainya,” katanya kepada Bernama pada majlis serah terima tugas Pengarah JSJK yang baharu di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Abdul Hamid berkata berikutan dakwaan serta pandangan beberapa individu bahawa Muhammad Adib diperlakukan sedemikian (ditangkap, dipukul dan sebagainya) pihaknya sekali lagi mencadangkan supaya inkues berkenaan dilakukan.

“Saya mohon kononnya pihak yang dakwa dia (Adib) dipukul dan sebagainya untuk tampil ke depan. Jika betul ada bukti apa nak takut, inkues tidak akan membuatkan individu yang dirakam percakapan dimasukkan ke dalam penjara.

“Polis tahu bagaimana cara hendak mengambil keterangan namun apabila mereka ini diletakkan menjalani ujian siasatan mendapati terdapat unsur pembohongan jadi kami sarankan inkues dilakukan lagi secara menyeluruh,” katanya.

Beliau mengingatkan mana-mana individu supaya berhati-hati mengeluarkan tuduhan yang mendakwa polis tidak melakukan kerja sebaik mungkin dalam menyelesaikan kes ini.

Abdul Hamid dalam pada itu berkata PDRM masih menunggu arahan lanjut berhubung kes itu setelah menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara pada 23 Julai lalu.

Muhammad Adib, 24, yang bertugas sebagai anggota bantuan kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov 2018 dan meninggal dunia di Institut Jantung Negara selepas 21 hari menerima rawatan.

Pada 27 Sept tahun lepas, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib, adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Bersahabat Biar Jujur, Ketua Armada Bersatu Jangan Melampau, Kata Dr Asyraf

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan tidak melampaui batas setelah sekian lama UMNO bertolak ansur dalam membentuk kerajaan Pusat dan kerajaan...

Shafie Apdal Kunci Mulut, Enggan Ulas Pelantikan Hajiji Sebagai KM Sabah

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengunci mulutnya daripada mengulas panjang mengenai perkembangan politik terkini di negeri...

Jangan Hanya Berpolitik, Sekarang Masa Selesai Masalah Rakyat – Bung Moktar

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu semua pihak dan kerajaan negeri yang baharu dibentuk ini melaksanakan tugas dengan baik. Tegas...