Isu Goldman Sachs: Tommy Thomas Nafi Cadang Selesai Luar Mahkamah

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Peguam Negara Tommy Thomas menafikan dakwaan bahawa beliau bersetuju supaya kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyelesaikan tuntutan dana dan aset milik Malaysia daripada bank pelaburan global, Goldman Sachs.

Dalam satu surat tulisan tangan, Tommy berkata dia tidak akan membangkitkan perkara itu lagi.

“Saya catat tanpa salinan semua surat saya mengenai Goldman Sachs kepada perdana menteri.

“Oleh itu, saya akan berhenti memberikan komen mengenai perkara ini, kecuali untuk kali terakhir menafikan bahawa kami bersetuju untuk menerima AS$1.75 bilion.

“Kami tidak setuju. Tidak ada penyelesaian yang dicapai dengan Goldmans ketika saya mengundurkan diri pada 28 Februari 2020,” tulisnya lagi.

Surat yang diterbitkan oleh Malaysiakini itu itu ditandatangani oleh Tommy dan bertarikh 7 Ogos 2020.

Semalam, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memetik Tommy Thomas dengan merujuk surat bekas peguam negara itu – bertarikh 11 Feb – yang didakwa bersetuju dengan penyelesaian luar mahkamah bersama bayaran balik dana sebanyak AS$1.75 bilion.

Bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng (PH-Bagan) bangkit mempersoalkan sama ada persetujuan Perikatan Nasional (PN) untuk penyelesaian bernilai AS$3.9 bilion itu mendapat kelulusan kabinet.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat